TIPS BAKING.......Untuk orang baruu cam haku nihh...



PETUA NAK BUAT KEK (Untuk orang baru)


Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :


1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.


2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.


3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.


Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.


(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.


(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.


(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.


(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.


(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.


Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!

**ihsan dari resipi noraini


MENGAPA KEK MEREKAH

Adakalanya kek yang kita buat menjadi merekah seperti gunung berapi yang meletus.Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Saya pernah membuat sebiji kek coklat moist yang mempunyai kandungan cecair yang tinggi. Apabila hampir masak , ia merekah dan rekahannya sangat luas. Nasib baiklah apabila sejuk, rekahannya kecut sedikit dan bolehlah ditutup dengan topping coklat fudge. Ada beberapa faktor mengapa kek jadi merekah iaitu:


1. Suhu oven terlalu tinggi
Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius.Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang.Apabila bahagian dalam mengembang,ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.


2. Terlebih serbuk penaik atau soda
Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.


3. Kek terlalu kering
Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.


4. Acuan terlalu kecil
Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.


Kesimpulannya untuk memastikan kek tidak merekah, pastikan perkara-perkara diatas diperbetulkan dan resipi yang digunakan boleh dipercayai. Letak kek di bahagian tengah oven supaya tidak terlalu panas. Masa membakar yang biasa bagi kek mentega ialah 1 jam dan kek span atau sifon pula lebih kurang 45 minit.

**ihsan dari resipi noraini


MASALAH MEMBAKAR

Masalah yang sering dihadapi


Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu diingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Jangan sekali menggunakan cawan kopi atau cawan the tetapi gunalah cawan sukatan metrik dan janganlah menggunakan camca teh atau camca makan di rumah tetapi gunalah camca sukatan.

Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengah-tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

Kek terlalu lembab dan leper

- Terlampau banyak cecair
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya
- Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

Kek merekah di atas

- Ketuhar terlampau panas atau acuan kek tidka diletakkandi tengah-tengah ketuhar
- Kekurangan cecair
- Acuan tin terlalu kecil

Kek yang mendap di tengahnya

- Ukuran acuan tin tidak betul
- Sukatan bahan tidak tepat
- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat
- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal

** sumber :- www.chef-wan.com


Petua2 buat kek...

1) nak tahu dah cukup kembang ke tak . Senduk adunan butter & gula yg dipukul tadi dgn senduk kayu ...lps tu tuang semula...kalau nampak mcm nak jatuh adunan tu kira dah kembang la tu...
2) Kalau x de mixer, pukul dgn senduk kayu...1 arah shj...kalau ikut jam, ikut jam sampai habis...jgn caca-merba
3) Oven kena panaskan dulu sblm masukkan kek
4) Kedudukan tempat dlm oven gak... biasa letak kat tgh2

Lain2 tips- copy dr internet

- Pastikan mentega tidak terlalu keras atau terlalu lembik.

- Ratakan sekeliling adunan kek (sebelum dibakar) dan pastikan bahagian tengahnya 'berlubang' supaya ia rata bila masak nanti.

-Telur dan butter letak kat luar suhu bilik sampai lembut butter dan telur tak sejuk.
-Guna speed medium hand mixer, pukul gula ngan butter skali masuk sampai lembut kaler kuning pucat or fluffy skit. Tak boleh terlebih pukul. Kalu nampak butter ngan gula separate maknanye terlebih pukul.
-Slowkan speed mixer tapi jangan padam. Perlahan² pecahkan sebiji telur kedalam mangkuk gula+butter tadik. Pukul sampai rata / tak nampak telur lagi. Ulang teknik ini sampai telur habis. INgat: JANGAN LETAK HIGH/MEDIUM SPEED. Pukul adunan sampai tak nampak traces of eggs.
- Bila dah abis telur, berhenti pukul. Dengan spatula leper, kaup satu scoop tepung kedalam adunan. Bancuh tepung dengan adunan perlahan² dengan cara scooping. Jangan buat cara putar. Caranya: masukkan spatula seolah2 cam nak scoop, scoop adunan, n then scoop kat tempat lain plak. THIS IS IMPORTANT TO REDUCE THE AMOUNT OF AIR LOSS. Kalu tak paham part ni, mesej aku.
-Last skali baru masuk perasa kek. Kalu guna essence, letak skang. Kalu gune oren/lemon, letak skang. Cara gaul perasa ni sama cam gaul tepung tadi.

Important:
1. JANGAN LUPA BIARKAN TELUR NGAN BUTTER DALAM SUHU BILIK SEBELUM STAT MASAK.
2. SUHU OVEN 350F/178C
3. JANGAN TERLEBIH PUKUL BUTTER. KALU DAH SIAP Semua NAK BAKAR, TENGOK ADUNAN BUTTER TERASING DARI ADUNAN MAKNaNYa TAK JADIK KEK TU.
4. KALaU NAK BUAT DUA ADUANAN, DOUBLEKAN SUKATAN BAHAN².
5. LAST TAPI PENTING SKALIK, BARANG UTENSILS YANG DIGUNAKAN, SATU PUN TAKLEH BASAH. BASAH TAK JADI.

SELAMAT MENCUBA!

Comments:

There are 0 comments for TIPS BAKING.......Untuk orang baruu cam haku nihh...

Post a Comment