Assalamualaikumm....
Now...time to share the receipe...ROTI JALA....
ROTI JALA
Sumber: MY REsepi
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
lain-lain: acuan roti jala, kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.
untuk Kari Ayam pulak:
7 ketul ayam (dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum)
4 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 inci halia
sejemput asam jawa
2 sudu serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu lada boh
1 biji kentang
1 btg lada hidup
4 cawan santan pekat
2 cawan minyak untuk menumis
sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
sedikit garam
Cara-cara
Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
Tapis adunan tadi.
Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk.
Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit... kacau sebentar dan masukkan ayam.
Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia
Gambar kari ayam tak sempat nak snap....
Cuti2 JUN 2011...Negeri Sembilan to Kelantan
0 comments Posted by Noor Azian Binti Yaacob at 3:07 AMAssalamualaikum....
CUTI SEKOLAH...............hooorayyyyy..rasoo eehh sumoo cekgu cekgihh bersorakk biloo time cuti skolah kan....memangg bestt..terutama perantauu cam haku nihh yang nak pulang ke kampung halaman....waa saat2 yang ditungguu...so cuti ku kali nihh memang padat jaduall...2 minnggu jer cutii seminggu dok di palong n seminggu lagi di kelantan...terkoja2 koja rasoo ehh..nak gi melawat sedara mara n kengkawan pun memang tak sompekk...minta maaf lahh kepada kengkawan yang tak dapek nak jumpoo..kalu ikutkan hati memang nak gathering ngan kengkawan lama tapii kekangan masa dan kuarga menyebabkan hasrat tak kesampaian......
okey lah tak yah citoo panjang nak layan gambau n aktiviti masa cutii hari tuhh...jommmmmmmmm...
PERJALANAN BERMULA.....KE KELANTAN..JENG2..12 JAMM KAUU....BARU SAMPAI...SESAKIT BADAN DOK DALAM KETO...HUHUU
SI KAK LANG
SI UJANG
SI ANGAH
ALONG TENGAH TIDO..SO TAK DER GAMBAU..
aktiviti sepetang di taman permainan...jalan menuju ke rantau panjang
sesi mandi manda di jeram tengkek...BAtu Kikir negeri sembilan
cuti yang best...tak sedar mau tinggalkan kampung udah.....go back to Kudat SABAH.
Assalamualaikum..wrt
first n3 for this month....fuhhhh cam busyy bona jerr aku nihh langsung tak menghapdet blog...tuu la kann dulu tak der blog buek blog la nii dah adoo nak menghapdet lakk malehh...kannyer apoo..balikk bercutii di kampung..kat umah kg dah takdoo tennet dahh tuanye dah amikk soo terputus line..nihh...passd pulangg darii cutii kena carik aura nak hapdett la plakk...eemmm di petang yang hening inii tergerakk lahh hati nak menghapdett blog..cam biasolahh bahan2 banyakk nak citoo tapii olehh kerana masa yang begituu mencemburui..tak apekk lahh nak menghapdet.....
kali nihh nak tepekk gambau umahhku yang dahh siapp....cutii sekolah baru nihh dapat lahh kami melawat..mencucii dan memijak kan kaki di rumahh sendirii..ALHAMDULILLAH...syukur kep[adamu ya Allah..s.egala-galanyer berjalan ngan baik dan lancar....rumah dapat disiapkan mengikut perancangan....soo pass nihh leh lahh isi borang pindahh pulakk....INSYAALLAH.
Actually tujuan menepek gambau kat blog nihh bukan nakk menunjuk2..hanya untuk koleksi peribadii jerr wat tatapan anak2 di suatu masa nanti....memang aku letak perkembangan construction rumah nihh darii sekeping tanah hutan...selepas di terang di tambak..dann akhirnyerr terbina sebuah rumah impainku..alhamdullah walaupun tak besar mana punn syukurlah yang penting ada rumah sendiri dan ini sahaja yang ku mampu....kalau ada yang tertengokk anggaplah sekadar mencuci mata..nak tiru design bolehh takda salahnya...design kampung jerr punn...heheh.
Jom layan gambau....
Pandangan hadapan dari jalan raya...
pintu masuk ke rumah
garaj keto dan setor simpan barang
ruamg tamu utama
Ruang tengok tv
Dapurku....
Ruang makan
Bilik hero2 ku..
Bilik utama..
Ruang tamu utama..
okeyy jumper lagi the next entry...
Assalamualaikum...
Nak makan kek aiskrim??? jom kita tengok n share macamana nak wat kek aiskrim nihhh.. memang sedap dimakan sejuk2...pertama kali buat kek nihh tak berapa nak jadi almaklumlah berguru ngan resepi jahh..tapii buat secnd time n third time alhamdulillah menjadi lahh sudah aiskrimm akuu nihh....bila hubby cakap sedap..haaa jadi dah lah tuhh...customer yang oder pun puas ati..
KEK AISKRIM COKLAT WITH ALMOND,CHIP N OREO
BAHAN KEK SPAN*
250 gm Tepung Span Mix
80 gm Air atau Susu Segar
195 gm Telur
1 sudu teh Perasa Vanila
75 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
BAHAN AIS-KRIM*
3 Biji Telur Kuning
150 gm Susu Segar
30 gm Gula Kastor
150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)kek yang di atas tu aku guna pes coklat, taxmbah lagi almond,chip,n biskut oreo...apo tak sodap eehh..
300 gm Fresh Cream
Cara-cara
CARA BUAT KEK SPAN*
1.Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
2.Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
3.Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
CARA BUAT AIS-KRIM*
1.Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
2.Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
3.Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
CARA NAK BENTUKKAN KEK*
1.Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
2.Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
3.Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...
Assalamualaikum....hari nihh nakk share resepi cheese cake blueberry...ada kawan request mintak resepi soo lehh lahh sapa nak try..yer
Bahan-bahan ( 23cm )
BASE:
110g Butter - cairkan
200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
50g Almond flakes - toast
FILLING:
500g / 2 buku Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kastor
1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
30g Tepung jagung - ayak (bleh guna tepung gandum or tepung kek)
200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)-bleh guna reduce cream 1 tin
4 biji Telur - pukul sedikit
150g Blueberry pie filling
TOPPING:
1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
30ml Air
150g Blueberry pie filling
Cara-cara
1.Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.(bakar minit dan simpan dalm peti sekejap)untuk merangupkan base.
2.pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
3.Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
4.Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
5.Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
5.Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
okey selamat mencuba yer...
Assalamualaikumm...wrt
Selamat bersiaran kembali...hehehe macam program tv lakkann...tuu lahh nak berblog nihh kena ada semangat..kok takk malehh nakk hapdet entry..sohari nihh curi-curi masa skit nak entry pasal ikan pekasam....tak pernah buat punn nihh peess time, tenkiu to ustad mokhtazar yang telah menangkap ikan puyu dan sepat nihh....tak taulahh rasa guana...masa dok entry kat dalam blog nihh ikan tuhh baru dua hari diperap...lom cukup eddah laiee..nak gorenngg...kena tunggu 3 hari lagii...nantii kita tengok hasilnya cemana...soo jomm layan rsesepi ikan pekasam nihhh...tak ingat dah amik kat mana...banyak sangat resepi katt tenet nihh tapii suma sama jerr bahan2nyerr..jomm layannn sarrss...
ikan sepat dan puyu yang telah diperap ngan garam semalaman..akuu perap dua malam tapi simpan di peti..gara2 takdo maso nak goreng beras..hikhik..
nampak tak yang hitam2 tuhh...asam keping lahh tuhh....ada tujuannya letak asam keping ..tapi takk ingat...hari tuhh jumpa resepi nihh kat blog sorang mamat tuhh...dia letak asam keping soo aku punn bubuh lahh jugakk....bahan2 lain semua sama..
Nih lah rupernyer bila dah siap di como ngan beras goreng...tadii..
Sumber resepi: dari MY resepi
6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)-akunyer lebih dari 6 ekor ikan so bahan2 yang lain sumer agak2 sendiri kot gerak hati jerr..heheh..
1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
Sedikit gula (tak letak pun)..kang jadi manis tak masam plakk hehheh....optional lahh saper nak letakk...
Cara-cara
1.Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
2.Blend beras yang digoreng sehingga halus(AKU TUMBUK JERR BERAS YANG DAH DI GORENG). Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut.letak asam keping berselang seli dengan ikan.
3. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.(aku biarkan 5 hari di luar)pass tuh baru simpan dalam peti sejuk.
4.Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
5.Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.kan 5 hari
SELAMAT MENCUBER YER KENGAKWAN.....
Assalamualaikum..wrt
Rasanyer masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu2 di seluruh malaysia..teristimewa buat mak di kampung...dah telepon wish kat mak hari tuhh...camm sedihh jerr akuu kalu cito bab2 mak nihh sayu jerr hatii...besarnyer pengorbanan seorang ibu nihh kann..tidak terbalas rasanyaer pengorbanan melahirkan, membesarkan, mendidik.....dan macam2 lagiilahh tal tersenarai banyaknyer pengorbanan ibu kITA...selagii mak kita masih hidup di muka bumi ini ambillah kesempatan berbakti kepada mereka...sebelum ajal menjemput tiba...aku harap dan doa agar mak aku dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik..AMIN..tidak lupa juga kepada ibu mertuaku di kg...Semoga panjang umurnya dan murah rezekinya..AMIN, kepada rakan2, sahabat handai kaum keluarga ku yang bergelar ibu juga selamat hari ibu diucapkan....
Kepada kaum keluarga yang bergelar cekgu dan sahabat handai yang bergelar guru....SELAMAT HARI GURU di ucapkan..kalian adalah sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain...buat hubbyku tidak juga dilupakan seorang guru, sumber insprirasi ku..dan orang yang tidak jemu memberi semangat kepada aku dalam meneruskan kerjaya sebagai guru.....DIA juga adalah guruku di rumah, pemberi motivasi, pemudah cara, dan semangat kepada ku, menerangi aku tika kegelapan, memberi tongkat kepadaku sebagai penunjuk jalan...dan suka duka dikongsi bersama...TERIMA KASIH HUBBY..semoga berjaya dalam kerjaya sebagai GURU mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan.....
Tiada apa yang hendak di berikan di hari yang bahagia ini, melainkan sebiji kek untuk dinikmati bersama kawan2 di sekolah...sikit sama dirasa lah kann....
Kek AISKRIM COKLAT WITH OREO BISKUT N ALMON N CHIP..
Suasana Sambutan hari ibu kami sekuarga....
LAPIS CHEESE CAKE
Si Ujang tiada nihh tidoo...soo anak2ku yang 3 org nihh lahh meneman ya ummi potong kek..actually dorang yang tak zabar nak makan kek tuu..heheh
Sabar menanti ummi potong kek....tekunn menungguu...heheh anak2ku..
menu di pagi hari IBU...nasi beriani, ayam masak merah, daging kari beriani, n acar timun +nenas..tak lupa jugak sambal bilis...
TERIMA KASIH SUAMI DAN ANAK-ANAKKU...PERMATA KESAYANGAN UMMI..SEMOGA KEBAHAGIANN INI BERPANJANGAN DAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN
