Mini Pizza with Mayonis n Tuna

Assalamualalaikum....

Bersiaran kembalii untuk kesekian kalinyerr...hari nihh nak share ngan korang resepi mini pizza with mayonis n tuna. Actually pizza nihh dah wat petang semalam punyer lahh payah nak mengembalikan semangat merotii nihh..bila mengenangkan..bahan2 yang ada expired membazir plakk natii udah lerr mahai2 belakoo...soo ku gagahi juaa merotii..siaplahh mini pizza nihh..perhhhh lamoo tak makan pizza panas2 memangg sodapp..kalii nihh bahan cukuppp adoo mosarella chesee memangg sodapp berbandingn ngan pizza sebolum nihhh....

jomm lahh tryy kengkawann...jangan malehh2..bak kato sorang kawanku ini sumber motivasi untuk masakk adalah suami dan anak2 yang suka makan air tangan kitaa..yuppp..memang betull punn tuhh...kaluu tengokk dorang makann...aduhh camm hari2 mau buatt rotii nihhh...



Bahan-bahan...



tepung yang dah siap uli n mengembang....tak cukup 2 kali ganda nihh..pizza tak perr kalu rotii tunggu 2 kali ganda aahh...



pizza yang siap nak di bakar..






siap untuk di ngapppp....


Resepi

Mini Pizza with Mayonis n Tuna
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80 gram tepung gandum ( aku guna sume tepung roti -High protein)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux


Bahan-bahan inti

sosej
ikan sadin tuna mayonis
bawang besar
lada besar kalu guna benggala lagii wangi
sayur campur(carrot, kacang, jagung)yang dah siap frrozen tu
mozarella cheese
sos cili n tomato

(inti nihh ikut selera masing2 lahh yerr..kalu mau ganti ayam n daging pun okeyy..)
Kuantiti pun sama ikut in stingg...heheh

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit sapu sos tomato, kemudian diikuti dengan ikan sadin tuna, bawang besar, sosej yang telah di rebus atau goreng, sayur campur, last skali cheese mozarella n sos cili sebagai topping. bakar doh pada suhu
80 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Comments:

There are 0 comments for Mini Pizza with Mayonis n Tuna

Post a Comment