Kek Aiskrim

Assalamualaikum...

Nak makan kek aiskrim??? jom kita tengok n share macamana nak wat kek aiskrim nihhh.. memang sedap dimakan sejuk2...pertama kali buat kek nihh tak berapa nak jadi almaklumlah berguru ngan resepi jahh..tapii buat secnd time n third time alhamdulillah menjadi lahh sudah aiskrimm akuu nihh....bila hubby cakap sedap..haaa jadi dah lah tuhh...customer yang oder pun puas ati..



KEK AISKRIM COKLAT WITH ALMOND,CHIP N OREO



BAHAN KEK SPAN*
250 gm Tepung Span Mix
80 gm Air atau Susu Segar
195 gm Telur
1 sudu teh Perasa Vanila
75 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)

BAHAN AIS-KRIM*
3 Biji Telur Kuning
150 gm Susu Segar
30 gm Gula Kastor
150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)kek yang di atas tu aku guna pes coklat, taxmbah lagi almond,chip,n biskut oreo...apo tak sodap eehh..
300 gm Fresh Cream
Cara-cara

CARA BUAT KEK SPAN*
1.Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
2.Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
3.Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.

CARA BUAT AIS-KRIM*
1.Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
2.Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
3.Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.

CARA NAK BENTUKKAN KEK*
1.Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
2.Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
3.Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

Comments:

There are 0 comments for Kek Aiskrim

Post a Comment