Kek Aiskrim

Assalamualaikum...

Nak makan kek aiskrim??? jom kita tengok n share macamana nak wat kek aiskrim nihhh.. memang sedap dimakan sejuk2...pertama kali buat kek nihh tak berapa nak jadi almaklumlah berguru ngan resepi jahh..tapii buat secnd time n third time alhamdulillah menjadi lahh sudah aiskrimm akuu nihh....bila hubby cakap sedap..haaa jadi dah lah tuhh...customer yang oder pun puas ati..



KEK AISKRIM COKLAT WITH ALMOND,CHIP N OREO



BAHAN KEK SPAN*
250 gm Tepung Span Mix
80 gm Air atau Susu Segar
195 gm Telur
1 sudu teh Perasa Vanila
75 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)

BAHAN AIS-KRIM*
3 Biji Telur Kuning
150 gm Susu Segar
30 gm Gula Kastor
150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)kek yang di atas tu aku guna pes coklat, taxmbah lagi almond,chip,n biskut oreo...apo tak sodap eehh..
300 gm Fresh Cream
Cara-cara

CARA BUAT KEK SPAN*
1.Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
2.Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
3.Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.

CARA BUAT AIS-KRIM*
1.Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
2.Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
3.Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.

CARA NAK BENTUKKAN KEK*
1.Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
2.Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
3.Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

cheese cake blueberry

Assalamualaikum....hari nihh nakk share resepi cheese cake blueberry...ada kawan request mintak resepi soo lehh lahh sapa nak try..yer



Bahan-bahan ( 23cm )

BASE:
110g Butter - cairkan
200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
50g Almond flakes - toast

FILLING:

500g / 2 buku Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kastor
1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
30g Tepung jagung - ayak (bleh guna tepung gandum or tepung kek)
200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)-bleh guna reduce cream 1 tin
4 biji Telur - pukul sedikit
150g Blueberry pie filling
TOPPING:
1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
30ml Air
150g Blueberry pie filling

Cara-cara

1.Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.(bakar minit dan simpan dalm peti sekejap)untuk merangupkan base.
2.pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
3.Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
4.Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
5.Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
5.Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

okey selamat mencuba yer...

Ikan pekasam versi SWEETYANSS...

Assalamualaikumm...wrt

Selamat bersiaran kembali...hehehe macam program tv lakkann...tuu lahh nak berblog nihh kena ada semangat..kok takk malehh nakk hapdet entry..sohari nihh curi-curi masa skit nak entry pasal ikan pekasam....tak pernah buat punn nihh peess time, tenkiu to ustad mokhtazar yang telah menangkap ikan puyu dan sepat nihh....tak taulahh rasa guana...masa dok entry kat dalam blog nihh ikan tuhh baru dua hari diperap...lom cukup eddah laiee..nak gorenngg...kena tunggu 3 hari lagii...nantii kita tengok hasilnya cemana...soo jomm layan rsesepi ikan pekasam nihhh...tak ingat dah amik kat mana...banyak sangat resepi katt tenet nihh tapii suma sama jerr bahan2nyerr..jomm layannn sarrss...


ikan sepat dan puyu yang telah diperap ngan garam semalaman..akuu perap dua malam tapi simpan di peti..gara2 takdo maso nak goreng beras..hikhik..



nampak tak yang hitam2 tuhh...asam keping lahh tuhh....ada tujuannya letak asam keping ..tapi takk ingat...hari tuhh jumpa resepi nihh kat blog sorang mamat tuhh...dia letak asam keping soo aku punn bubuh lahh jugakk....bahan2 lain semua sama..


Nih lah rupernyer bila dah siap di como ngan beras goreng...tadii..

Sumber resepi: dari MY resepi

6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)-akunyer lebih dari 6 ekor ikan so bahan2 yang lain sumer agak2 sendiri kot gerak hati jerr..heheh..
1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
Sedikit gula (tak letak pun)..kang jadi manis tak masam plakk hehheh....optional lahh saper nak letakk...

Cara-cara

1.Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
2.Blend beras yang digoreng sehingga halus(AKU TUMBUK JERR BERAS YANG DAH DI GORENG). Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut.letak asam keping berselang seli dengan ikan.
3. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.(aku biarkan 5 hari di luar)pass tuh baru simpan dalam peti sejuk.
4.Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
5.Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.kan 5 hari


SELAMAT MENCUBER YER KENGAKWAN.....

Selamat Hari Ibu n Hari Guru

Assalamualaikum..wrt

Rasanyer masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu2 di seluruh malaysia..teristimewa buat mak di kampung...dah telepon wish kat mak hari tuhh...camm sedihh jerr akuu kalu cito bab2 mak nihh sayu jerr hatii...besarnyer pengorbanan seorang ibu nihh kann..tidak terbalas rasanyaer pengorbanan melahirkan, membesarkan, mendidik.....dan macam2 lagiilahh tal tersenarai banyaknyer pengorbanan ibu kITA...selagii mak kita masih hidup di muka bumi ini ambillah kesempatan berbakti kepada mereka...sebelum ajal menjemput tiba...aku harap dan doa agar mak aku dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik..AMIN..tidak lupa juga kepada ibu mertuaku di kg...Semoga panjang umurnya dan murah rezekinya..AMIN, kepada rakan2, sahabat handai kaum keluarga ku yang bergelar ibu juga selamat hari ibu diucapkan....

Kepada kaum keluarga yang bergelar cekgu dan sahabat handai yang bergelar guru....SELAMAT HARI GURU di ucapkan..kalian adalah sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain...buat hubbyku tidak juga dilupakan seorang guru, sumber insprirasi ku..dan orang yang tidak jemu memberi semangat kepada aku dalam meneruskan kerjaya sebagai guru.....DIA juga adalah guruku di rumah, pemberi motivasi, pemudah cara, dan semangat kepada ku, menerangi aku tika kegelapan, memberi tongkat kepadaku sebagai penunjuk jalan...dan suka duka dikongsi bersama...TERIMA KASIH HUBBY..semoga berjaya dalam kerjaya sebagai GURU mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan.....

Tiada apa yang hendak di berikan di hari yang bahagia ini, melainkan sebiji kek untuk dinikmati bersama kawan2 di sekolah...sikit sama dirasa lah kann....





Kek AISKRIM COKLAT WITH OREO BISKUT N ALMON N CHIP..

Suasana Sambutan hari ibu kami sekuarga....



LAPIS CHEESE CAKE




Si Ujang tiada nihh tidoo...soo anak2ku yang 3 org nihh lahh meneman ya ummi potong kek..actually dorang yang tak zabar nak makan kek tuu..heheh


Sabar menanti ummi potong kek....tekunn menungguu...heheh anak2ku..


menu di pagi hari IBU...nasi beriani, ayam masak merah, daging kari beriani, n acar timun +nenas..tak lupa jugak sambal bilis...


TERIMA KASIH SUAMI DAN ANAK-ANAKKU...PERMATA KESAYANGAN UMMI..SEMOGA KEBAHAGIANN INI BERPANJANGAN DAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN

Mini Pizza with Mayonis n Tuna

Assalamualalaikum....

Bersiaran kembalii untuk kesekian kalinyerr...hari nihh nak share ngan korang resepi mini pizza with mayonis n tuna. Actually pizza nihh dah wat petang semalam punyer lahh payah nak mengembalikan semangat merotii nihh..bila mengenangkan..bahan2 yang ada expired membazir plakk natii udah lerr mahai2 belakoo...soo ku gagahi juaa merotii..siaplahh mini pizza nihh..perhhhh lamoo tak makan pizza panas2 memangg sodapp..kalii nihh bahan cukuppp adoo mosarella chesee memangg sodapp berbandingn ngan pizza sebolum nihhh....

jomm lahh tryy kengkawann...jangan malehh2..bak kato sorang kawanku ini sumber motivasi untuk masakk adalah suami dan anak2 yang suka makan air tangan kitaa..yuppp..memang betull punn tuhh...kaluu tengokk dorang makann...aduhh camm hari2 mau buatt rotii nihhh...



Bahan-bahan...



tepung yang dah siap uli n mengembang....tak cukup 2 kali ganda nihh..pizza tak perr kalu rotii tunggu 2 kali ganda aahh...



pizza yang siap nak di bakar..






siap untuk di ngapppp....


Resepi

Mini Pizza with Mayonis n Tuna
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80 gram tepung gandum ( aku guna sume tepung roti -High protein)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux


Bahan-bahan inti

sosej
ikan sadin tuna mayonis
bawang besar
lada besar kalu guna benggala lagii wangi
sayur campur(carrot, kacang, jagung)yang dah siap frrozen tu
mozarella cheese
sos cili n tomato

(inti nihh ikut selera masing2 lahh yerr..kalu mau ganti ayam n daging pun okeyy..)
Kuantiti pun sama ikut in stingg...heheh

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit sapu sos tomato, kemudian diikuti dengan ikan sadin tuna, bawang besar, sosej yang telah di rebus atau goreng, sayur campur, last skali cheese mozarella n sos cili sebagai topping. bakar doh pada suhu
80 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Apam Polkadot with blueberry filling

Assalamualaikumm...

Lama sudah tidak bersiaran dan berkongsi resepi di blog...so malam nihh aku nak share ngan korang resepi apam nihh..cam glamer jerr la nii...nak tau gak cemana rasenyerr..tu yang coba watt tuhh alhamdulillah kun fayakun...AMIN..hubby kata sedap tak tau baper biji dia makan panas2 tadii..anak2 tak merasa laiee sebab dah tidoo..takpolah tunggu esokk jahh untuk sarapan pagii..ngeh..ngeh...

kepada kengakwan yang sudi mengintai blog nihh jangan lupa yerr cuba wat apam nihh untuk santapan kalian sekuarga...





Jom layan resepi...

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
(Apam nih sebaik-baiknya guna lah cup kertas supaya filling nyer tak keluar..aku tak der cup kertas so guna acuan apam jerr)aku wat dapat 30 biji jahh sebab acuan apam nihh besar sikit...

3 biji telur gred A
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

1.Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.
2.Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer.
3.Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu .
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
5.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
6.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
7.Picitkan blueberry filling secukupnya
8.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
9.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
10.Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
11.Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Selamat Mencuba :)