Pau gebus....

Assalamualaikum wrt..

lama dah tak bersiaran..di blogg..urrghh.payah betul mau wat n3 b di blog skrg...bukannyer apa kekangan masa..waduhh sebuk bangat..tak tau apalah yanga aku sebuk sangat....

hari nihh nak share resepi pau gebus..as usual resepi dari jintanmanis.com..tenkiuu ros...pauu nihh memang lembut n gebus...marilahh cuba yerr kengkawan..


Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)( aku guna krimwell..gara2 kehabisan shortening)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

(aku guna inti kacang merah..beli dah siap di kedai..so jimat masa)

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

( Sila gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.


2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

- paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



Doh yang siap diuli...biarkan selama 1 jam




Doh sellepas 1 jam...mengembang cam belon..



Dah siap letak inti..biarkan 15 minit sebelum kukus..






nihh lahh uper pauu gebuss...memang lembut..guna water roux



yang nihh pau versi goreng..

Selamat mencuba..

p/s- sorry ada gambau yang tak baper clear..blurr..bila downloads jadi cenggitu plak...kat file okey jjerr..masalah teknikal

Comments:

There are 0 comments for Pau gebus....

Post a Comment