Roti oh roti....

Assalamualaikum wrt..

Bersiaran kembali ya kawan2...kali nih nak share resepi roti ngan korang, actually hasrat nak bikin roti nihh dah lama terpendam disobabkan maso yang begitu tidak mengizinkan..maka tertangguh..nahhh...

hari skolah, tak sabar dah nak wat gak roti nihh dah beminggu2 carik tepung roti n high protein takdo di kudat..last skali jumpa tepung superfine arghh layan joo lahhh...nengok stok lam peti ais ader lak inti kelapo yang dah di sira nahh apo laiee..eksperimen roti kelapo lahh haku malam tuhh....

alhamdulillah pess time buatt hasilnye tak lah mengecewakan akuu tapii lehh improve laiee...jomm layan gambau n resepi..tq to blog www.jintanmanis.com kak ros..i like ur blog n resepi rotinyer sangat mavelleous..TQ jugak pada Siti Norzafina abd mutalib, nengok roti kat dapur dioo memberi semangat n menggiurkan heheheh.....

kawan2 leh try yo..

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (aku guna superfine je)
50gram tepung gandum (aku tak letak)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

resepi water roux, aku buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.




roti yang sedang mengembang di dalam oven...










roti yang dah siap untuk di makan...

Comments:

There are 0 comments for Roti oh roti....

Post a Comment