Bun oat jagung....

Assalamualaikumm....

hmm..bulan nihhh musim gajin nak merotii....actually buat eksperimen sambill balajau lahh tuhhh...as usual try n error..nak makan punyer pasal tak masuk kelas punn..terjahh jerr resepi katt tennet nihhh..berlambakk...yang pentingg rajin nak cuba eek...

so ari nihh nak share rsesepi rotii lagii....nak suggest blog yang palingg siokk untukk di jadikan rujukan wat rotii nihh ialah...jengjeng..jintanmanis.com..memang bestt tq yer ros resepi roti nihh akak dapat dari blog ros....tqtqtqtq...

semangat dan sumber inspirasi nak merotii nihh aper lagii dari cik ct norzafina tuhh lahh gajin toll wat roti...gebus2 plakk tuhh cam tuann dia...heheheh kt tuh dapur ct norzafina....

kawan2 jangan tak cuba yerr tryy lahh wat roti nihhh, bagi aku bila dah menjadi tuhh perghh satu kepuasan yang teramat sangat....pah nihh nak try wat pizza lakk..nak tunggu stok tepung roti ader di kudat nihhh....

jom layan gambau n resepi ekkk..ros mintak izin CNP kat blog akak yerr...

Roti Oat Jagung Manis Hokkaido
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

*Untuk Doh*
250gram tepung roti (aku guna superfine jer)
50 gram tepung gandum ( tak letakpun)
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
3 sudu besar gula
30gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
160ml susu segar suam @ air suam
6gram yis
40gram Oat ( ros guna jenama quaker oat)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 sudu kecil bread improver ( x letak pun takpe atau boleh diganti dengan water roux)
4 sudu besar sweet cream corn ( ros guna sweet corn dari Hokkaido)

* Untuk Gliss* -baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar dan sedikit sos kastard.

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. bentukkan doh mengikut selera masing-masing, doh tu kalau nak buat bun kecil-kecil boleh dapat dua acuan.) Untuk roti dalam acuan sandwish tak perlu di jalurkan dengan sos kastard hanya perlu di gliss sebelum dibakar selama 28 hingga ke 30 minit.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dalam acuan petak dan jalurkan dengan sos kastard, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.



Doh yang siap di uli lebih kurang setengah jam gak....sampai kuar poluh heheh



biarkan doh..tutup ngan kain bersih hingga naik 2 kali ganda



Siap sedia untuk di bakar....hiasan ngan kastard wat sendiri tuhh....5 minit siap



baru kuar oven..panas




Nih lah hasilnyer...gebus alhamdulillah....

selamat mencuba yer....

Comments:

There are 0 comments for Bun oat jagung....

Post a Comment