Kueh cara berlauk

Assalamualaikum...

lama dahh tak hapdett blogg...almaklumlerr buzy hari raya lahh katekann..sebukkk beraya n persiapan raya...nak masukkan gambauu rayer punn takderr..soo masukk resepii dulu lahh yerrr....

Cara berlaukk...wat masa bulan poserr arii tuhhh jomm layannn resepi





Bahan-Bahan

utk kuih cara
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Garam / gula
Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Intinya:
300 gm daging/ayam kisar (aku potong dadu)
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit rempah kari daging
secubit garam
1 sudu makan minyak masak utk menumis
(aku tambah kentang n carrot lagii.....optinall lahh ikutt selera)

Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Hiasan
secukup cili merah (dihiris),
secukup daun saderi (sup)

Cara-cara

Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang ,dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. aku guna acuan kuih cara n dapur gas je.

Selmaat mencobaa...layannnn

Comments:

There are 0 comments for Kueh cara berlauk

Post a Comment