LEPAT UBI.....dan TALAM UBI

Assalamualaikum..WRT

wahhh..satu minggu tak update blogg..camm lama jerr rasee..banyakk mende nak entryy nihh...terutama resepii..untukk di kongsii bersaama.....hujung minggu yang lalu, hubby bawak balik ubi kayu dari tamu lama sudahh hakuu tak proses kueh muehh dari ubi kayuu nihhh..apoo laieee..bersilat lahh kami dihujung mingguu..proses kueh muehh nihh..padahall nak makan kek sekolahh yooo....

okeylahhh jom layan rseespiiii..


Bahan-bahan:
600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih (haku tak letak pung)
2 sudu besar santan pekat (nihh pun sama tak bubuh gak)
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya

Bahan2 air gula:(hakuu guna yang nihh jerr air gula)
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir

cara:

* masak semua bahan air gula sehingga gula larut
* angkat dan biarkan sejuk
* letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
* biarkan sekejap
* selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
* ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
* letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
* lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak

NIHH PULAKK HASILLNYERRR.....SODAPPP....FEVERET HAKU DAN HUBBY..ANAK TAK BAPERR SUKERRR..HEHEH..







TALAM UBI

olehh kerana tidakk kecukupan daun pisangnyerr soo hakuu punn proses kuehh talamm...kali nihh hubby pujii talam kuu menjadii..ahhahah sukerr hatikuuu...dah dua kali watt..spoilt kat santan yang jadi kepala talam tuhh..kalii nihh hookeyy sudahhhh...soo korangg lehh cuberr lahh yerr..kengkawan kat skolahh pun dah rasa talam nihhh......ader gakk suara2 memujii...sedapp lahh tuhhh...heheheh

jom layan rsesepii...



NIHH BARU MASAKKK....



TINGGAL SEPARUHH SELEPASS DI AGIHKAN KE KANAN, KIRI DEPAN DAN BELAKANG...HEHEHE



TANG DISPLAY NIHH YANG HAKUU TAK BERAPA EXPERT NIHHH..KORANG LAYAN JOOLAHHH..HEHEH





BAGI KAT BUDAK2 DILUARR TUHH KOJAP YOO LICINN...2 PIRING NIHH..HEHEH

JOM LAYAN RESEPINYERR...(SUMBER: BLOG CHE'TAM)TQ..TUMPANG COPY RESEPI KAT SINI YERR..

TALAM UBI KAYU

Lapisan Bawah
1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan dan buangkan semula air tu]
(HAKU PARUT GUNA MESIN KELAPO JERR...TAK LETAK AIR PUNGG)

3 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.


OKLAHH KENGKAWAN SELAMAT MENCUBERR YERRR......

Comments:

There are 2 comments for LEPAT UBI.....dan TALAM UBI

Post a Comment