PULUT KUNING DENGAN RENDANG PAYAU.....

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..sumer

hari nihh aku nak share ngan korang sumer camana nak masak pulut kuning..huhuhu duluu akuu pun tak pandaii wat pulut kuning nihh tapii sjak kawin ngan hubby kuu nihhh pandaii lahh akuu...dia jugakk yang jadi sifuu bab2 pulut nihh...biasalah kann orang pantai timur nihh suka makan pulut.....bak katoo hubby kuu bab tuhh kulit orang pantai timur nihh halus2 n comei2 sebab suko makan pulut..kwang..kwang yoo lahh tuhh...tapii memang tak di nafikan lahh...betuii punn..

actually pulut kuning nihh akuu wat hari minggu yang lepas...nak tunaikan hasrat hubbykuu nak makan pulut kuning n rendangg payau,, actually nak buat maso bewfday dioo hari tuhh tapii tak berkesempatan...ciannn..kempunan..heheh takpolahh better late then never kannn....apapunn jomm layan resepii.....

actually resepi asal dari ibu mertuakuu jugakk....tippss..hubby kuu cakapp kalu masak pulut kuning pecah perutt maknoo ehh ore tuhh tak biso nanak pulut....yoo koo...iyoo lahh gakk ehh tuhh...memang resepii mak mertuakuu nihh pulut tak pecah butir punn tapii lembutt...heheheh jomm layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



Pulut Kuning (semangat)

nihh pulut kuning yang baru masak..akuu tak sempatt nak letakk dalam pinggan dohh..snapp jer ngan senduk2 n besen skali...faill lahh akuu kalu bab hidang2 nihh...

Bahan-bahan

1 kilo pulut (rendam ngan pewarna kuning or kunyit lebih kurang 1/2 jam)
2 gelas santan pekat
sedikit garam dan gula (kalu suka letak kalu tak suka tak payah...aku wat letak sikit bagi lemak manis gitu)

cara2

1. toskan pulut yang telah direndam dan masukkan dalam pengukus, kukus selama hinngga wap naik.
2. selepas naik wap keluarkan letak dalam besen (bekas) dan letakkan santan yang telah dicampur garam dan gula tadi, gaulkan hingga rata.
3. kukus semula hingga naik wap, pass tuhh angkat siapppppppp.




Rendang Daging Payau (Rusa)

kat sabah nihh daging rusa dipanggil payau..kalu orang negeri sembilan payau nihh rasa payau pahit..n sebagainyer lahh hahah


Bahan-bahan

1 kg daging payau
segenggam lada api (aku tak pasti berapa biji sukat ikut gengam joo..mak akuu aja ehheh)kalu nak podeh tambah lagii 2 genggamm..huhuhu berapii tuhhh....
1 inci halia
3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 batang serai
3 sudu makan kelapa yang dah dibuat kerisik
2 susu cili kering blenxder(option tak nak letrak pun tak per)
Kunyit hidup lebih kurang 2 inci lahh.
santan dari 2 biji kelapa ambil yang pekat je.
garam secukup rasa.
1 keping asam
lengkuas nak letak pun ok tak letak pun ok.
sehelai daun kunyit(option)

cara-cara

1. masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan (potong daging bagus2 aa nanti liat),bersaama bawang kecil, halia, bwg putih blender or tumbuk pun bleh, cili api+kunyit+garam tumbuk skali dan masukkan kedalam periuk or kuali.Then masakan atas api. (proses mengecutkan daging)
2. biarkan sampai kering air daging.. semasa proses megecutkan daging bersama bahan2 tadi jangan luper letak garam dan asam keping (tips supaya daging tak lembik bila dah jadi rendang)
3. letakkan santan pekat dan biarkan mendidih dan pekat, rasa asam dan garam.
4. setelah pekat beru letakkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris halus, bagi wangi dan bau daun kunyit.

siap udahh boleh lahh dihidang bersama pulut kuning tadii......bestttttttttttt

Daging juga boleh ditukar dengan ayam kalu suker...

selamat mencuba!!!!!!

Comments:

There are 0 comments for PULUT KUNING DENGAN RENDANG PAYAU.....

Post a Comment